Kita lahir dengan otak
di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun
kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat
mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda
fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan
perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah
mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa
menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang
tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi
lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab
dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. ~ Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia
sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan
banyak hutang. ~ Anonim
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak
bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat
jahat. ~ Pepatah Arab
Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik
daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan
keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng
yang tidak dibela. ~ Napoleon Bonaparte
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau
dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. ~ Samuel Johnson
Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya
sekali.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan. ~ Abdullah Mansur
M.H
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak
dibajai dengan keberanian.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana
setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu
boleh menjadi pandai.
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan.
Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji..
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan
masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab
adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang
paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka
matilah orang itu. ~ Whittier
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk
lutut, tetapi mampu melantun kembali.
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya
sekadar senyuman.
Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. ~ Flower A. Newhouse
Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.
Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan
itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian
berkumpulan.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk
bertindak.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah
waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah
waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu
untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan
Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang
menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat
hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai
keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju
syurga.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui
nilainya.
Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali..
Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu
menguasai rahsianya.
Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal,
bertambah banyak lagi berharga.
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~
William J. Siegel
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain
kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal
terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal
yang hadir dalam hidupnya.
Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai..
Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda;
sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.
Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia
kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.
Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda
sendiri.
Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada
nasib.
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah
jahil.
Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai
setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran. ~ Horatius
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada
perubahan. ~ Mognon Me Lauhlin
Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain..
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak
mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. ~ Peribahasa Arab
Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. ~ Charles Cahier
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke
sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran
disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai
daripada dirinya sendiri. ~ Said Mustafa
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi..
Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua
yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
Menyimpang seinci, rugi seribu batu. ~ Peribahasa Cina
Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih
baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.
Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga
tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya
mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa
yang disuruh.
Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang
menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya. ~
John Petitsenn
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan
kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita
tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha
hingga ke akhir hayat. ~ Joseph Conrad
Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan
semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang
terus-menerus.
Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang
belum kamu selesaikan.
Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk
mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap
halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.
Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di
dalam poket.
Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.
Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk
menghadapi malam yang akan sampai.
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang
sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu
diangan-angankan.
Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas
berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu
kebodohan.
Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka
berfikir.
Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang
lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.
Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa
anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau
tidak sedar. ~ Barbara Hall
Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka
yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang. ~ Whitney W
Young
Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi
tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga. ~ Dr. Mahathir Mohamad
Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit. ~ Allen
Tate
Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti
kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang
di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi.
Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada
ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku
kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan
kedewasaan.
Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh
dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya
tidak pernah membuat kebaikan.
Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap
kesilapan mereka.
Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk
menjadi pandai.
Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi
pembaca terlebih dahulu.
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga
tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan
masa silam.
Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri
daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.
Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam
minda & menguatkannya dari hari ke hari.
Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih
mempunyai masa depan.
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal
kemanisan.........
Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya ~ Hamba
Allah
Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai
kepada penghabisan umur ~ Hamba Allah
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika
disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. ~ Albert
Camus
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan
yang terbaik.
Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka
tenanglah batinnya.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan
jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak
singgah ke pelabuhan.
Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh
perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu. ~ Aflatun
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang
besar.
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan.
perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan.
keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting,
usaha & tawakkal.
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak
pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan
dicapai.
Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah
apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan
dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang
bawahannya.
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan
orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan
orang yang lebih bawah daripadanya.
Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang
yang jahil membuka keaibannya.
Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak)
sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan
mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui
jalan sebenar.
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya
berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah
lakunya.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan
lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah. ~ Wahab B. Munabin
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan
adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. ~ Andre Colin
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu
bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka. ~ Soekarno
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti ~
Hukama
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia
tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya
~ Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang
boleh kamu buat untuk negara. ~ Abraham Lincoln
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh. ~ Albert
Einstein
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan
dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas
kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu
adalah mulia dan terpuji. ~ La Roche
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti
adakah hari esok kita masih diberi peluang.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. ~ Marcus Aurelius
Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam
jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang
terbuka setelah mengukur dalamnya. ~ Stahl P.J
Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan
semalam tidak dijadikan teladan.
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga
sedikit pun.
Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia
harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven
memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus
menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga
dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang
penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan
baik sekali.
Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah
merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak
disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah
mencapai matlamatnya.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan
bukannya usia. ~ Richard Brinsley Sheridan
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya
sesudah tua seperti menulis di air.
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.
Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya
pasir itu. ~ Pepatah Arab
Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. ~ Lao Tze
Awal mula pohon ialah benih..
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan
hatimu serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka
belum bererti ia melihat.
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari
esok.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,
dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang
mengiurkan.
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri.
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya
seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang
dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa
yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk
dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang
kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan
memberitahu semua yang kamu dengar.
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang
lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita
akan terkejut dengan hasilnya.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri
ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan
bersikap adil ketika kuat. ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang
kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan
berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.
Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang
tertinggi.
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada.
Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya
kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu,
kejayaan akan menjadi milik anda. ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak
menyebutnya dengan perkataan yg mudah. ~ T.S Matthews
Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga
mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba
dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya
,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup
berani untuk membetulkan kesilapannya.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu
melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak
percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang
ketakutan.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita
kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang
belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan
pecah.
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah
keberanian.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang
besar.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.
Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak
lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya.
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di
mukanya. ~ Khong Hu Cu
Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan
lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang
dideritainya.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan
cemerlang.
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah
ucapannya.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara
besar.
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan
putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan
telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan
layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup
ini.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri
ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap
adil ketika kuat. ~ Khalifah Abdul Malik Marwan
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada
satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya. ~ Voltaire
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh
selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan,
pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita
dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya
mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana
yang salah. Read more at: http://gocengblog.blogspot.com/2012/02/kata-kata-mutiara.html Copyright by gocengblog.blogspot.com Terima kasih sudah menyebarluaskan aritkel ini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar